Suntikan epidural (Labour Epidural)

Kelegaan kesakitan: Suntikan epidural(Labour Epidural)

Apakah itu suntikan epidural?

Ia merupakan suntikan ke dalam satu ruang kecil di belakang anda, menggunakan jarum yang bengkok dan berlubang. Hujung jarum yang bengkok akan dicucuk antara dua vertebrae dan jarum itu akan masuk ke dalam ruang di luar lapisan pelindung yang mengelilingi tulang belakang anda yang dinamakan ruang epidura. Satu tiub halus (atau kateter) disalurkan melalui jarum berlubang itu, kemudian jarum tersebut akan dicabut keluar. Kateter halus itu akan dilekatkan pada belakang dan pada bahu anda. Pakar bius akan menyuntik anestetik lokal (sama seperti apa yang dilakukan oleh doktor gigi) ke dalam kateter untuk mengebaskan bahagian bawah abdomen anda. Kaki anda juga akan berasa kebas. Anda tidak lagi merasakan sebarang kontraksi.

Kadang-kala, kateter dilekatkan kepada satu pam kecil yang membolehkan pakar bius mengawal jumlah anestetik lokal yang anda perlukan atau suntikan dos dikawal oleh pam untuk melepaskan dos anestetik yang sedikit setiap beberapa minit.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Ia berfungsi seperti mana anestetik lokal berfungsi apabila doktor gigi mengebaskan mulut anda sebelum mencabut gigi. Pakar bius akan mematikan saraf yang fungsinya ialah membawa isyarat-isyarat rasa sakit dari rahim dan serviks anda.

Bilakah saya perlu mengambilnya?

Secara teorinya, anda boleh mengambil suntikan epidura pada bila-bila masa semasa proses pelahiran bayi, dan boleh juga diambil apabila anda berada di peringkat kedua semasa anda menolak bayi anda keluar, walaupun lazimnya anestetik tulang belakang (spinal) akan diberikan pada waktu tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang akan meminta diberikan suntikan epidura apabila serviks mengembang sebanyak lima hingga enam sentimeter dan kontraksi semakin kuat. Jika serviks telah mengembang sebanyak lapan hingga sembilan sentimeter, mungkin ia terlalu lambat untuk mengambil suntikan epidura dan anda akan dinasihatkan untuk meneruskan pelahiran tanpa bius ini sebab bayi sudah hendak keluar.

Purchase casodex dosage
Apakah kebaikan suntikan epidural?

a�? Lebih daripada 90 peratus orang wanita mendapatkan kelegaan sakit yang sepenuhnya.

a�? Pemikiran anda masih jelas.

a�? Boleh membantu mengawal tekanan darah tinggi.

a�? Membolehkan anda mengawal pelahiran bayi dan mengembalikan keyakinan anda.

a�? Suntikan epidura adalah lebih sofistikated daripada dahulu dan anda akan sedar bahawa keseluruhan kaki anda tidak kebas sepenuhnya.

Apakah keburukannya?

a�? Anda mungkin akan terasa kebas hanya di sebelah badan anda dan mungkin ada sebahagian kecil di perut anda yang tidak terkena bius.

a�? Mungkin membuatkan anda menggeletar.

a�? Anda mesti baring di atas katil.

a�? Anda perlu diletakkan drip pada lengan anda. Ini adalah sebab pengambilan suntikan epidura akan mengurangkan tekanan darah bagi sesetengah wanita dan menjejaskan secara serius bekalan oksigen kepada bayi anda. Drip ialah langkah berjaga-jaga supaya, apabila timbul keadaan kecemasan, jumlah darah anda boleh ditambahkan dengan pantas untuk menaikkan tekanan darah anda kembali ke normal.

a�? Anda mungkin dipasangkan kateter dalam pundi kencing anda. Jika anda mengambil suntikan epidura, anda mungkin tidak sedar bila anda perlu mengosongkan pundi kencing anda, jadi ini perlu diuruskan untuk anda secara automatik.

a�? Anda mula merasakan seakan-akan kehilangan kawalan. Tiga tiub telah dimasukkan ke dalam badan anda dan anda akan diberitahu bila dikehendaki menolak jika anestetik masih berfungsi semasa peringkat kedua kehamilan. Pada masa itu pakar obstetrik dan bidanlah yang akan menguruskan pelahiran anda dengan efektif.

a�? Suntikan epidura boleh memanjangkan tempoh pelahiran terutamanya pada peringkat menolak.

a�? Denyutan jantung bayi anda akan diawasi secara berterusan dengan menggunakan transduser yang diikat pada abdomen anda atau transduser kecil diklipkan pada kulit kepala bayi.

a�? Terdapat kemungkinan yang lebih tinggi bagi penggunaan forsep atau ventouse (juga dikenali sebagai vakum) sebab selalunya suntikan epidura akan menghalang bayi bergerak ke posisi terbaik untuk dilahirkan. Ia juga akan menghalang anda daripada merasakan dorongan semula jadi untuk menolak pada peringkat kedua pelahiran.

a�? Jika jarum epidura melepasi dan keluar dari ruang epidura, akan terdapat kebocoran cecair tulang belakang (tulang sum-sum) selepas tiub dikeluarkan. Cecair ini akan memampan otak anda dan akan menyebabkan sakit kepala yang teruk walaupun hanya sedikit kebocoran yang berlaku. Selalunya ini dirawat dengan mengambil sedikit darah dari lengan anda, sehari selepas bayi dilahirkan dan menyuntiknya ke belakang anda untuk menutup lubang yang disebabkan oleh jarum epidura.

a�? Sesetengah wanita mempunyai masalah membuang air kecil selepas mendapat suntikan epidura.

Adakah terdapat sebarang tip yang berguna?

a�? Jangan bergerak semasa pakar bius sedang menyediakan suntikan epidura. Anda akan baring di sisi anda atau duduk di hujung katil, membongkok ke hadapan dan mengerekot seakan-akan bulatan. Tumpukan kepada pernafasan anda. Tarik nafas dengan dalam melalui hidung anda dan hembus keluar dengan perlahan melalui mulut anda. Peganglah tangan suami anda dan tenunglah matanya.

a�? Bincanglah dengan pakar obstetrik dan bidan anda kemungkinan mengurangkan kesan suntikan epidura di peringkat kedua pelahiran semasa anda bayi anda sudah hendak keluar. Jika anda dapat merasakan kontraksi, in akan membantu anda menolak dengan efektif.

a�? Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi tekanan semasa peringkat kedua pelahiran, dan/atau suntikan epidura melemahkan otot anda, anda mungkin tidak dapat menolak dengan efektif apabila di peringkat kedua pelahiran. Memperlahankan atau memberhentikan kemasukkan ubat epidura akan membantu anda merasakan sesetengah sensasi dan/atau kekuatan otot. Dos tambahan boleh diberikan jika dan apabila perlu.

K.K.L.I.U 0610/2018